Justunittrust | Pelaburan tanpa risiko…
1038
post-template-default,single,single-post,postid-1038,single-format-standard,qode-listing-1.0.1,qode-social-login-1.0,qode-news-1.0,qode-quick-links-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_updown_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-12.1,qode-theme-bridge,bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.2,vc_responsive

Pelaburan tanpa risiko…

Pelaburan tanpa risiko…

Soalan : Banyak-banyak pelaburan, pelaburan apa yang risk-free ? Takde risiko ?

hmmmm…¬†hmmmmm…¬†hmmmmmmm…

Jawapan : None exist in this world !

(Pelaburan yang risk-free only exist when you beribadah dengan Allah – you invest time, effort and maybe money. Guaranteed return (pahala & berkat) at NO risk. But as I said that’s beyond this dunia)

Coming back to earth… I came across this interesting disection of RISK. How each investment (some mere savings) carry inherent risk. (Ref NST July 17, 2011 page 6 “life & times” section by Yap Ming Hui). Table below illustrate the breakdown of risk in various assets and investments.

Bila seseorang buat pelaburan, terlalu pentingkan pulangan, untung dan return on investment (ROI). We tend to lupa that Risk and Return goes hand in hand. The higher the return, the higher the risk. The table above may enlighten us why investment in stock market carries high risk (risk market, interest rate/funding rate, default, tax, event & opportunity).

Apa maksud semua risiko tersebut ?

Begini….

  1. Risiko “Market” – turun naik harga sesuatu aset.
  2. Risiko ” interest rate” – boleh juga dikaitkan dengan “funding risk” (especially if in Islamic Banking) adalah kerana apabila kadar funding naik, harga bon dan sukuk turun, especially yang mempunyai tempoh matang yang panjang.
  3. Risiko “default” – potensi pelaburan jadi “junk” atau hilang nilai sama sekali.
  4. Risiko ” inflation” – adalah kehilangan nilai wang atau purchasing power (kuasa beli) apabila untung (walau pun tinggi mana) diterima dalam tempoh masa depan yang jauh.
  5. Risiko ” tax” – cukai ke atas untung pelaburan. Di Malaysia untung pelaburan saham tidak dikenakan “gains tax” tetapi untung pelaburan hartanah, ada “property gains tax”.
  6. Risiko “Credit” – potensi pengeluar pelaburan (corporate) jatuh creditworthiness mungkin hampir muflis dsb.
  7. Risiko “currency” – risiko turun naik dua matawang berbeza. Kebiasaannya untuk pelaburan luar negara yang dinilai semula dalam Ringgit Malaysia.
  8. Risiko ” Political” – kiranya keadaan huru-hara, pilihanraya, perang.
  9. Risiko “Event” – potensi sesuatu kejadian tidak diingini berlaku seperti SAR virus, Tsunami dan pelbagai malapetaka lain.
  10. Risiko ” Opportunity” ¬†kehilangan peluang pelaburan yang boleh memberi ROI yang lebih lumayan.

Bagaimana seseorang pelabur boleh menurunkan kadar risiko pelaburan mereka ? Pelbagai strategi seperti :

  1. Asset Allocation atau diversifikasi pelaburan – sejumlah wang diagih-agih kepada beberapa jenis pelaburan. Misalnya 30% bond dan 70% saham.
  2. Membuat tempoh pelaburan bersesuaian dengan “bila kecairan diperlukan”. Misalnya simpanan yuran pembelajaran anak (masuk IPTA lebih dari 5 tahun dari sekarang), boleh dilabur dalam pasaran saham (blue chips) dan unit amanah defensif.
  3. Amalkan “Dollar-cost-averaging” iaitu melabur secara sedikit-sedikit dalam suatu tempoh yang melebihi 3 tahun. Cara ini, setiap transaksi pelaburan akan dibuat dalam keadaan dan harga berbeza dan akan dapat kebaikan “purata kos” yang rendah dalam tempoh jangka panjang. Sangat sesuai untuk pelaburan unit amanah.
  4. Membuat transaksi pelaburan melalui sumber (konsultan, bank, punca) yang boleh dipercayai dan mempunyai qualification yang wajar.
  5. Jangan terburu-buru melabur dengan tips-tips PERCUMA atau yuran kemasukan yang rendah. Ini mungkin “alamat” pelaburan tersebut kurang sambutan dan terpaksa dijual “cheap sale”…. AWAS !

Okay… sampai sini dahulu ceritera tentang risiko dan sedikit sebanyak strategi-strategi mudah yang boleh digunapakai.

1Comment
  • pijo
    Posted at 02:23h, 31 March Reply

    salam, nak tanya. dekat mana kita boleh dapatkan bukti yang mengatakan pelaburan didalam unit amanah ini "TIDAK dikenakan TAX". tq.

Post A Comment