Justunittrust | Zakat Unit Trust dan Simpanan
1062
post-template-default,single,single-post,postid-1062,single-format-standard,qode-listing-1.0.1,qode-social-login-1.0,qode-news-1.0,qode-quick-links-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_updown_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-12.1,qode-theme-bridge,bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.2,vc_responsive

Zakat Unit Trust dan Simpanan

Zakat Unit Trust dan Simpanan

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sempena bulan yang best ini, saya ingin mengingatkan rakan-rakan dan unit trust consultants supaya mengingatkan pelabur-pelabur kita supaya mengeluarkan zakat. Although zakat boleh dibayar sepanjang tahun (kecuali zakat fitrah), many people use bulan Ramadhan untuk kiraan “haul” – tempoh 1 year.

Apa faedah berzakat ? Ini bukan soal faedah, malah this is a question of our Rukun Islam – pillar yang ke 4 (Mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu). Although zakat is viewed as a Charity Obligation, I think its important because it is salah satu pillars of Rukun Islam and all Muslim should embrace it entirely. In addition, it is centered on excess wealth to be used for benefit of the poor and needy.

So, I’ve decided to write basic information, cara mana zakat can be calculated based on the Islamic Financial Planning Zakat Module and the Puzat Zakat Selangor portal and articles. Terdapat beberapa jenis zakat, lets begin with how to compute zakat on Unit Trust investment. This zakat is part of Zakat Saham as is computed @ 2.5% atas harga semasa (nilai pasaran) semua saham dimiliki di hujung tempoh haul termasuk keuntungan tunai sepanjang tempoh haul (or tolak kerugian tunai).

Note that Syarat-syarat to fulfill :

1. Muslim

2. Bebas

3. Milik sempurna (KW5P scheme investment tak payah zakat)

4. Cukup Haul (tempoh setahun)

5. Cukup Nisab (nilai RM pelaburan melebihi nisab or threshold semasa year 2011 iaitu RM10,650)

Contoh : An Unit Trust invesment (cash) in Public Ittikal

units = 15,000      dan     harga semasa = RM0.9004 seunit

Nilai pasaran semasa = 15,000 x RM0.9004   = RM13,506

As RM13,506 melebihi Nisab RM10,650,

so zakat yang perlu dijelaskan = 2.5% x RM13,506 = RM 337.65

Note :

1. the nisab of RM10,650 is from Pusat Zakat Selangor

(contact person for zakat saham Encik Wira 03 – 5522 7849 and Pn Siti Fatimah 03 – 5522 7868)

2. in practice, ramai yang guna nilai terendah dalam tempoh haul. Akan tetapi mengikut PZS, nilai semasa dan harga unit amanah/saham semasa digunapakai untuk pengiraan zakat.

3. zakat saham termasuk juga simpanan wang di bank. Jika melebihi nisab semasa RM10,650, maka kesemua simpanan di bank akan dizakat pada kadar 2.5%. Sekiranya simpanan tersebut di bank konvensional (bukan Islamic), maka bahagian faedah (riba’) perlu ditolak dari nilai semasa simpanan tersebut. Which means bahagian sumber yang tak halal, tak perlu dizakat ! So, be careful.

Lain-lain zakat saya ringkaskan dan boleh download disini.

Read on illustration of “Lain-lain zakat” in the following paragraphs….

1. Zakat KW5P

zakat = 2.5% X simpanan kw5p dikeluarkan

  • pengeluaran berbentuk milik sempurna – pengeluaran @ umur 55, pembelian rumah, pengurangan ansuran housing loan.
  • pengeluaran untuk pelaburan unit trust dibawah scheme Kw5P tak perlu dizakat sehingga milik sempurna (umur 55)

2. Zakat EMAS

(a) EMAS PERHIASAN WANITA

  • bagi timbangan emas melebihi had uruf (Selangor) 800 gram

zakat = timbangan emas X harga semasa X 2.5%

  • emas perhiasan digunapakai sebagai perhiasan.
  • harga semasa PZS RM153.22 se gram emas (purata harga semasa PZS)
  • harga emas yang semasa juga boleh diperolehi di bank-bank dan berbeza-beza mengikut gred emas tersebut.

(b) EMAS DISIMPAN

  • emas selain 2(a) termasuk simpanan berbentuk bukan fizikal (dalam bentuk matawang, buku simpanan emas, galian, peralatan rumah dsb)
  • bagi timbangan emas melebihi 85 gram.

zakat = timbangan emas X harga semasa X 2.5%

3. Zakat Perniagaan

  • terdapat dua kaedah – kaedah GROWTH (ringkasnya, modal dicampur modal) atau kaedah WORKING CAPITAL (aset semasa tolak liabiliti semasa, dan dilaraskan). Bagaimanapun, tiada illustrasi zakat perniagaan disini.

4. Zakat Padi

  • juga tidak dibincang disini. Amnya dibayar mengikut production, bukan tempoh haul setahun.

5. Zakat Pendapatan

  • Pendapatan (gaji, upah, komisen, hasil bebas, profesional fee, dll) ditolak kos atau had Kifayah (sara diri dan keluarga) dan lain-lain tolakan yang dibenarkan (KESP, Tabung Haji).

zakat = 2.5% X (Pendapatan – Perbelanjaan dibenarkan)

So, kawan-kawan, jangan jadikan alasan tak tahu atau susah kira, sebagai alasan untuk tidak membayar zakat. Risau takut apa yang diperolehi dan deberi dan guna oleh diri dan keluarga jadi tidak berkat. Tambahan pula, zakat dibenarkan sebagai REBAT CUKAI i.e ditolak terus dari amaun cukai yang perlu dibayar ke income tax.

A more comprehensive version was illustrated and presented during our group Brainstorming by Cik Farhana Dzulkafli on 1 August 2011 and is available here.

Selamat berzakat !

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.