Justunittrust | Pelan Kewangan Haji
1241
post-template-default,single,single-post,postid-1241,single-format-standard,qode-listing-1.0.1,qode-social-login-1.0,qode-news-1.0,qode-quick-links-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_updown_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-12.1,qode-theme-bridge,bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.2,vc_responsive

Pelan Kewangan Haji

Pelan Kewangan Haji

Salam kembali.

Ramai kawan-kawan pulang dengan panggilan Hajjah dan Haji, surely tenang di hati, dapat laksanakan tuntutan Rukun Islam kelima. Saya ucapkan tahniah to Haji Arif Ismail, Hajjah Norhazah Ibrahim, Hajjah Hasimah Muhammad dan Haji Salihodin. InsyaAllah kita semua akan juga rasa ketenangan itu, hopefully dalam masa yang terdekat.

But before that – syarat “Mampu mengerjakan Haji” includes financial aspect, apart from berkeupayaan (fizikal dan mental). Syarat wajib lain – Islam, berakal, baligh, merdeka, termasuk juga “mahram” bagi wanita. Most often syarat “mampu” terbatas due to sebab-sebab quota (daftar tahun 2011, dijangka pergi haji selepas tahun 2040). Jadi, yang tak sabar-sabar menunaikan Haji akan mengambil jalan alternatif melalui pakej-pakej swasta yang dianggarkan minimum RM20,000 seorang jemaah sehingga RM120,00 (apa salahnya kalau memang mampu).

Duit shopping tak termasuk tau ! Sebab inilah kita sebagai orang Islam perlu kekayaan (halal, berkat) agar dapat menunaikan ibadat untuk diri sendiri dan menderma untuk yang kurang mampu. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.

So, we will use RM20,000 as our starting point untuk diskusi “Financial Planning for Haji”. Boleh ?

LANGKAH-LANGKAH


1. Anggarkan kos haji – minima RM20,000 seorang dan diandaikan naik setiap tahun mengikut kadar inflasi semasa, sekitar 3% setahun.

2. Congak duit yang sedia; ditabung untuk tujuan haji.

Nota : Sebanyak RM1,300 boleh dikeluarkan dari Akaun 2 di EPF untuk ditabung di Tabung Haji; bagi melayakkan seseorang berdaftar untuk menunaikan haji melalui giliran, dengan Tabung Haji.

3. Berapa wang yang tak cukup ? (amaun 1. tolak amaun 2.)

4. Sebarang kekurangan or shortfall, perlu ad “Pelan Kewangan Haj”. Beberapa alternatif disarankan dalam diskusi kali ini.

Sample Kes

Aminah berumur 35 dan ingin menunaikan Haji pada umur 45 tahun. Aminah belum pernah menabung untuk Haji.

1. Amaun yang diperlukan = RM27,000

Nota : Lihat TABLE 1 untuk pengiraan – setiap RM10,000 akan jadi RM13,439 [kenaikan harga 3% setahun (inflasi) selama 10 tahun]. Oleh itu RM20,000 jadi RM26,878 atau sekitar RM27,000.

2. Amaun wang sedia ada = RM 0

3. Amaun wang tak cukup = RM27,000 – RM 0 = RM27,000 (seorang jemaah)

Nota : Aminah mungkin perlu gandakan RM27,000 jika merancang untuk “mahram” i.e RM27,000 x 2 = RM54,000.

4. Rangka “Pelan Kewangan Haji” Aminah. Beberapa alternatif disarankan seperti berikut.

Pelan A – simpanan sekali gus dari RM8,693 ke RM16,575

Rujuk Table 1

Aminah boleh menabung dengan sumber wang lain yang dia ada (mungkin bonus hujung tahun, wang VSS atau jualan aset ?). Jawapannya adalah tabungan sekali gus sebanyak RM16,575 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan sekali gus RM8,693 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah).

TABLE 1

Pengiraannya seperti berikut :

Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), setiap RM10,000 dianggar menjadi RM16,289. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung

= ( RM27,000 / RM16,289 ) x RM10,000 = RM16,575 sekarang

Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12% setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak

= ( RM27,000 / RM31, 058 ) x RM10,000 = RM8,693 sekarang

Menariknya tabungan amaun RM16,575 di Tabung Haji, sekiranya ditabung dalam Unit Amanah (Syariah) dianggarkan dapat menampung hampir 2 jemaah haji. Jadi perlu bijak memilih.

Pelan B – simpanan bulanan dari RM116 ke RM173 sebulan

Bagi “bakal” jemaah yang tidak mampu laksanakan Pelan A, mungkin sebab komitmen-komitmen yang tinggi, boleh menabung secara Pelan B “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Rujuk Table 2

Aminah boleh menabung setiap bulan. Digalakkan potongan gaji atau auto-debit bank terus ke akaun Tabung Haji atau Akaun Unit Amanah. Mesti disiplin dan benar-benar mahu menunaikan Haji. Jawapannya adalah tabungan bulanan sebanyak RM173 setiap bulan dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan bulanan RM116 dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah). Lebih baik lagi jika tingkatkan ke RM200 (Tabung Haji) dan RM120(Unit Amanah) sebulan agar lebih cepat capai objektif RM27,000.

TABLE 2

Pengiraannya seperti berikut :

Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), RM100 setiap bulan selama 10 tahun dianggar menjadi RM15,593. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung

= ( RM27,000 / RM15,593 ) x RM100 = RM173 sebulan

Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12% setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak

= ( RM27,000 / RM23,234 ) x RM100 = RM116 sebulan

Pelan C – simpanan secara “tangga” ikut kemampuan bulanan

Masih mengeluh ? Tak mampu Pelan B ?

Cubalah Pelan C – alternatif dimana sekiranya mampu hanya RM50 sebulan, maka lakukan auto-debit dan mulakan tabungan di Tabung Haji. Bermula dengan RM50 sebulan selama 3 tahun di Tabung Haji. Tambah tabungan setiap tahun sebanyak RM25 sebulan. (Tahun 1 RM50 sebulan, Tahun 2 RM75 sebulan, Tahun 3 RM 100 sebulan dan seterusnya hingga Tahun 10 RM275).

Dihujung tahun ketiga, amaun tersebut menghampiri RM3,000. Sebanyak RM1,000 dikeluarkan untuk modal pelaburan pokok di Unit Amanah dan tabungan bulanan akan diteruskan di akaun Unit Amanah pula.

Melalui cara “tangga” di atas, objektif RM27,000 akan tercapai dalam tahun ke 10.

So, bagaimana rasanya – boleh menabung tak ? Konsep yang sama boleh diubahsuai untuk apa-apa Pelan Kewangan (belian aset, pelajaran anak-anak dsb). Sekiranya keliru – call saya di 017-3104171 untuk diskusi lanjut. or e-mail JustSynergySolutions@ymail.com.

Sekian buat kali ini, semoga diskusi kali ini dapat membuka minda dan memanfaatkan kita semua. InsyaAllah.

+Selamat tahun baru 2012 dengan azam-azam yang AWESOME !

Hadiri sessi “Goal Setting” J.U.S.T pada 14 January di Pejabat Cheras kami – tempah tempat anda segera…

No Comments

Post A Comment