Justunittrust | Attract Peluang Keemasan
1420
post-template-default,single,single-post,postid-1420,single-format-standard,qode-listing-1.0.1,qode-social-login-1.0,qode-news-1.0,qode-quick-links-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_updown_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-12.1,qode-theme-bridge,bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.2,vc_responsive

Attract Peluang Keemasan

Attract Peluang Keemasan

I call this The “You Had Me at HELLO” Technique.

In Article “Sell Peti Ais to Eskimo” http://justunittrust.com/1326/jual-produk-kepada-kawan-kawan saya share bagaimana dapat SUSPECTS yang berpotensi menjadi PROSPECTS. Eventually these Prospects become Customers, CLIENT and our INVESTORS. Teknik ini memerlukan kita sentiasa aware, peka kepada orang di keliling kita dan sentiasa mencari peluang-peluang keemasan. Adakalanya agak penat bukan ?

Nak teknik yang lebih mudah ? Teknik ini bermula dengan appresiasi diri kita. Sayangi diri anda dahulu. Seterusnya gunalah daya tarikan anda untuk ATTRACT clients and investors. Jadilah seperti magnet dengan daya tarikan yang hebat dan aura yang sangat menarik. Mahukah anda perolehi daya tarikan yang AWESOME ini dan menjadi seperti magnet, dengan mudah menarik dan attract peluang, rakan-rakan dan INVESTORS ?

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang dengan daya PESONA yang sangat menarik sehingga anda terlalu tertarik ? Hmmm seperti lagu “menarik, tertarik, kau memang the BOMB” (Tak semestinya dari segi paras rupa sahaja). PESONA atau PERSONALITY adalah kombinasi kelakuan, tingkah laku (tahap sedar dan separuh sedar) dan visual seseorang (appearance – pemakaian, warna, bau dsb). PESONA seseorang akan mencetus dan “connect” kepada deria orang di persekitaraan. It’s the power to connect with others and “law of attraction” in action, tanpa mereka sedar.

Apa respons kita apabila dirapati oleh orang yang berupa seperti samseng ? Kita berasa takut melihat seseorang yang berpakaian seperti orang jahat. Manakala, kita suka melihat kanak-kanak dan baby sebab happy bila tengok baby yang comel dan wangi. Kita tertarik dengan wanita cantik dan jejaka handsome kerana ……… ? Immediate response – sedar atau tidak !

Jadi teknik mudah “YOU HAD ME AT HELLO” [movie Jerry Mc Guire – Tom Cruise dan Renee Zelwegger] bila tertarik pada pandangan pertama. Mat Sallleh kata FIRST IMPRESSION COUNTS. Ia akan membuka peluang keemasan dan menarik banyak opportunity kepad diri kita.

Teknik-teknik “YOU HAD ME AT HELLO”

  1. SAYANGI diri anda. Jaga kesihatan, pakaian, kebersihan, pemakanan diri kita. PHYSICAL APPEARANCE kita.
  2. Clear your mind of perasaan negative – dendam, hasad dengki, sedih. Lihat dunia anda dari kaca mata ABUNDANCE, KEBAHAGIAAN, ENAK, TENANG dan penuh KESYUKURAN. Selalulah bersangka baik. Santapan MINDA kita.
  3. Pancarkan kebahagiaan, niat berkongsi dan generousity. Pancarkan enthusiasm yang AWESOME supaya tenaga ini berjangkit dan menggembirakan orang lain. http://justunittrust.com/1383/penyakit-berjangkit-gembira
  4. Jadilah orang yang berperikemanusiaan dan prihatin. Pancarkan rasa kasih saying yang ikhlas.
  5. Carilah seorang MENTOR – contoh orang yang kita admire dan hormati sebab kehebatan mereka. Contoh visual. [bolehkah kita gunakan Rasullallah sebagai mentor ?]
  6. Mengaku kesalahan dan akui kesilapan diri dengan ikhlas. Kita perlu jujur sekiranya tersilap atau membuat kesalahan.
  7. Gunakan WORD POWER – gunakan perkataan-perkataan yang kita suka “CANTIK” “SENYUM” “WEALTHY” “LUCK”…… ulang perkataan-perkataan ini lebih dari 10 minit, 2 kali setiap hari. [ini doa kita]. Boleh juga ditulis selalu. Cara mudah ini akan menusuk masuk minda sub conscious (separa sedar) atau LITTLE ROBOT kita http://justunittrust.com/1399/little-robot .Seterusnya tingkah laku, pertuturan dan minda conscious kita akan berjalan seperti program “cantik, senyum, wealthy, luck….”.

Amalkanlah …

KNOWING is one thing, DOING is something else.

Be AWESOME !

No Comments

Post A Comment