Justunittrust | Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
2719
post-template-default,single,single-post,postid-2719,single-format-standard,qode-listing-1.0.1,qode-social-login-1.0,qode-news-1.0,qode-quick-links-1.0,qode-restaurant-1.0,ajax_updown_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-12.1,qode-theme-bridge,bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.2,vc_responsive

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3)

Ramai yang masih mencari-cari, tertanya-tanya dan kurang jelas matlamat hidup masing-masing. Omputeh kata “What’s our dream ? What’s our life goals ?” Pernahkah anda wonder – Why are we here ? Apa purpose kita di dunia ini ? Kalau Steve Jobs sekadar “create a dent”, apa pula contribution kita ? Kalau Nabi Muhammad s.a.w memimpin umat sedunia, apa pula tanggungjawab kita ? Sehalus mana impak yang mampu kita beri sewaktu hidup ?

Kita diberi resources – daya dan kebolehan, akal dan ilmu pengetahuan, masa dan peluang. Semua orang ada 24 jam sehari. Kalau kita selidik benar-benar, kita didatangi pelbagai peluang dan ruang. Jadi, what and how have we capitalize and utilize all these ? Apa yang membezakan orang kaya dengan orang miskin. Apa yang lebih diberi kepada orang yang pandai dengan orang yang tak mahu belajar ?

Peluang ada dimana-mana dan kita yakin the Al-Mighty maha adil dan saksama. Dia pemurah dan pemberi. Jadi mengapa tidak kita cari, seek and find ? Saya yakin, sekiranya kita benar-benar mahu, kita akan mencari, kita akan berusaha, kita pasti mahu belajar bagaimana, dimana dan apa. Bila kita cari dengan bersungguh-sunguh, insyaAllah akan diberi petunjuk, diberi panduan dan insyaAllah juga kita akan bertemu yang kita cari.

Soalnya kita masih mengeluh. Kita masih menyalahkan nasib dan sentiasa rasa teraniaya oleh orang yang lebih berpeluang dari kita. Walhal, orang-orang yang berjaya tersebut telah lebih dahulu mencari dari kita. Tetapi memang lumrah manusia, kita suka menyalahkan orang lain dan bersangkut kepada takdir. Peliknya, kita belum cuba, kita belum cari tetapi kita dah berserah. Dah surrender and give up. Sebab apa ? Ya, sebab ramai yang pilih jalan senang, ramai juga yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Kerana bila kita bertanggungjawab terhadap hidup kita, kita perlu lakukan sesuatu. Kita perlu berusaha. Kita tak suka jadi matang sebab kematangan datang dengan tanggungjawab. Ingat, beza anak kecil dan orang dewasa tergantung kepada kematangan akal masing-masing. Jika dah umur 40 tetapi masih mintak mak dan ayah bantu (wang, emosi dsb) mana matangnya kita ? Jangan bebankan orang yang kita sayangi.

Seringkali kita rasa hidup ini penuh cabaran, dugaan dan halangan. Keadaan persekitaran sering mencabar pedoman dan pegangan hidup seseorang. Saya juga kadang-kadang hairan mengapa strategi-strategi yang saya lakukan kadang-kadang kurang hasilnya. Kemudian saya terbaca surah Al-Asr dan saya faham, sekiranya kita yakin dengan kebenaraan sesuatu, kita perlu terus berpesan-pesan dan berpesan dengan kesabaran. Setiap usaha yang baik perlu dilakukan berulang-ulang dan mesti sabar menunggu hasil. Jadi, kawan-kawan usah putus asa. Memang hidup perlu ada naik turun seperti roda [kalau asyik duduk di atas, maknanya roda itu tak bergerak langsung].

Hidup perlu sentiasa sangka baik baru peluang yang baik datang pada kita. Minda positif akan menarik tenaga dan peluang-peluang yang positif jua. Berkawan juga penting – berkawan dengan orang-orang yang positif dan berdaya maju. Membaca dan carilah ilmu yang baik-baik, ilmu yang boleh difardhu kifayahkan untuk kebaikan ramai.

Jangan rugikan masa anda. Temui kami di Preview “Minda Poket Kaya” di sessi 3 November di pejabat kami di Cheras, jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari. PERCUMA lagi beb tapi rsvp melalui sms ke talian +017-3104171 sebab seats memang terhad. The last 2 sessions we had, more than 100 participants datang. Ingat – bila kita mencari, insyaAllah dapat panduan dan petunjuk dariNya.

Tags:
No Comments

Post A Comment