Salam kembali.
Ramai kawan-kawan pulang dengan panggilan Hajjah dan Haji, surely tenang di hati, dapat laksanakan tuntutan Rukun Islam kelima. Saya ucapkan tahniah to Haji Arif Ismail, Hajjah Norhazah Ibrahim, Hajjah Hasimah Muhammad dan Haji Salihodin. InsyaAllah kita semua akan juga rasa ketenangan itu, hopefully dalam masa yang terdekat.
But before that – syarat “Mampu mengerjakan Haji” includes financial aspect, apart from berkeupayaan (fizikal dan mental). Syarat wajib lain – Islam, berakal, baligh, merdeka, termasuk juga “mahram” bagi wanita. Most often syarat “mampu” terbatas due to sebab-sebab quota (daftar tahun 2011, dijangka pergi haji selepas tahun 2040). Jadi, yang tak sabar-sabar menunaikan Haji akan mengambil jalan alternatif melalui pakej-pakej swasta yang dianggarkan minimum RM20,000 seorang jemaah sehingga RM120,00 (apa salahnya kalau memang mampu).
Duit shopping tak termasuk tau ! Sebab inilah kita sebagai orang Islam perlu kekayaan (halal, berkat) agar dapat menunaikan ibadat untuk diri sendiri dan menderma untuk yang kurang mampu. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.
So, we will use RM20,000 as our starting point untuk diskusi “Financial Planning for Haji”. Boleh ?


